3
semua anda boleh makan
Posted by nurul
on
8/04/2010 11:48:00 PM
post kali ni bahasa melayu pula hehe..semalam waktu makan tengah hari sangat kecoh..kecoh dengan gelak ketawa sambil mulut tu penuh dengan makanan hehe *sungguh kurang sopan*..maka secara rasminya waktu makan tengah hari semalam merupakan hari melantak saya & rakan-rakan sebab sebahagian besar kos makan ditanggung beres oleh bos besar di Seoul Garden..*mekacih bos hehe*..tanpa berlengah tepat je detik waktu makan tengah hari, masing-masing dah 'chaw' dari office haha..nasib baiklah tak jauh sangat nak ke tempat dituju tu..adalah dalam 5-10 minit jalan kaki sampai..
setibanya di destinasi *gaya macam pergi melancong padahal pergi makan je* terus pilih meja mana nak duduk..lepas tu apa lagi, mereka semua serbu tempat buffet macam semut hurung gula *punya la masing-masing kebulur haha*..segala jenis makanan yang boleh disebat semua nak ambil *perangai sebenar terserlah iaitu tamak haloba :D*..
maka bermulalah sesi masak-memasak, celup-mencelup, bakar-bakar dan merebus..yang tukang masak berpeluh-peluh haha..yang tukang makan pun berpeluh sebab kena haba masakan hehe..lepas tu masing-masing makan tak ingat dunia, macam tak makan sebulan *gelojoh betul haha*..sedap belaka :)
selesai makan tibalah waktu balik ke office..sambil berjalan pulang sempat lagi budak-budak ni nak bergambar..layankan je hehe..sesungguhnya semua orang sangat gembira semalam..sekian :)