4

entri pertama untuk 2012 :o

Posted by nurul on 3/19/2012 12:33:00 PM in

Ya rabbi..lama gila aku tak update blog..entri terakhir bulan julai tahun 2011, OMG!! ..ni bukan berhabuk dah, ni kes dah expired ni hahaha..ntah, bukan tak nak update tapi bukan kaki blogger kan asalnya..so tak biasa nak update selalu hehe :p..haish aku ni, kene biasakan diri ber"blogging" ni ngeee~

--------  ....  --------

sekarang ni aku sibuk dengan preparation untuk berkahwin..tak ada la sibuk mana lagi tapi dah mula la sibuk sikit2..hari tu dah beli siap2 barang hantaran perempuan + cadar katil pengantin 1 set..my fiance & i had agreed to buy things we want / like on our own respectively..so we can buy things within our own budget..sekarang ni kena make sure encik tunang beli barang hantaran dia pulak..hehe lelaki ni kadang2 suka beli last minute, pastu dah kelam kabut..haish macam2..ada kang kena gigit ngeee :p

mak pulak tolong beli2 macam bunga pahar + tempat letak bunga pahar (tak tau apa nama dia tapi yang rupa macam pasu tu, boleh letak / cucuk terus bunga pahar kat situ)..mak tolong belikan jugak kain langsir pintu + tingkap bilik pengantin..lepas tu ada la lagi..tak ingat dah..bercampur aduk segalanya dalam kepala ni hahaha

jumaat lepas mak ajak pergi kedai kain Jakel, beli kain untuk makcik2 sebelah mak + abah..aku sponsor kain untuk kenduri nanti, mak kata "biarlah ada something dari kita untuk ahli keluarga"..giteww~ hehe..


mula2 ingat nak survey harga dulu, tapi dah jumpa yang berkenan terus mak suruh beli je..terbang jugak la duit rm300+ untuk kain saja, tu diooo..haha tak apa la, sekali ni je hehe..pinjam duit mak dulu sebab duit dalam simpanan tak keluar lagi..lepas tu sponsor kain untuk family sendiri pulak, terbang lagi rm200 miahaha :D berkelip2 mata aku bila memikirkan duit yang mengalir macam air..du du du~

kelmarin punya cerita pulak, planning nak pergi festival hot air ballon kat Putrajaya dulu, then baru pergi jumpa mak andam nak test baju..tapi tak ada rezeki agaknya, pagi2 encik tunang bagi text yang tayar kereta dia dah kempis, bocor bila kepala gauge masuk dalam tayar..ntah macam mana boleh jadi macam tu dia pun tak tau..penyudahnya tak dapat pergi festival tu sebab dia tunggu bengkel buka untuk repair tayar tu..kesian dia sebab tak dapat nak repair, terus kena tukar tayar..dah kene charged rm300+..sabar je la..after that baru la encik tunang datang rumah, fetch aku pergi jumpa mak andam tu..dah habis test semua, deal + booked mak andam tu..bayar deposit rm100 dulu untuk booked baju & tarikh tu..then balik rumah

sampai rumah je, opah & makcik dah datang ke rumah..sekali opah offer nak sponsor cadar katil pengantin + langsir + langsir dinding + karpet..terkejut jugak aku mula2..hehe dalam hati aku terdetik "amboi banyak jugak duit opah ni..bling2"..hehe alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi..saya suka ngeee :p..tiba2 terbayang bilik pengantin aku nanti macam mana rupanya..wahh mesti cantik *berangan* :p..opah bagi katalog suruh aku tengok..jenuh jugak la aku nak pilih yang berkenan di hati..dah pilih semua so selesai la buat sementara waktu ni..legaaaaaa~

 suka bilik pengantin yang simple je macam ni :)

fuhhh bila memikirkan pasal duit, serabut kejap..nak berkahwin ni memang pakai banyak duit..duit oh duit, datang la bertabur atas aku..du du du *boleh tak nak wish macam tu? haha*

Copyright © 2009 vita colorata All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.